Hidup dan harapan
Insani
Dalam menjalani
Ujian
Penciptanya
Pelbagai definisi untuk hidup terpulang pada setiap individu yang bernafas di atas bumi Allah ini mengintepretasikan maknanya. Bagi yang masih samar-samar tentang apa maknanya hidup, mari kita bincangkan.
Hidup atau kehidupan adalah suatu anugerah yang tidak terhingga nikmatnya. Kehidupan memberi kita bernafas, melihat dan menimati, mendengar dan menghayati, merasa dan mensyukurinya. Bagi segelintir manusia merasakan kehidupan ini suatu penyiksaan dan neraka dunia. Adilkah penyataan itu?? Allah menciptakan bumi dan alam semesta ini adalah untuk memberikan pengalaman hidup dan nikmat kepada sekalian umatnya. Tiada tandingan nikmat yang telah diberi, sedangkan binatang pun bersyukur inikan pula manusia. Oleh itu bersyukurlah di atas nikmat yang dianugerahkan tanpa ragu-ragu.
Berbeza pula dengan manusia yang mengangap dunia ini adalah segala2nya. Segala perlakuan dan tindakan hanya duniawi semata. Kekayaan, harta, pangkat, kedudukan dikejar hingga terlupa apa yang akan menyusul 1 hari nanti. Anggapannya kehidupan didunia adalah Syurga..
Bagi yang sedar erti kehidupan, mereka akan lebih menghargainya walau sebagaimana hebat rintangan melanda kerana hidup di dunia maya ini hanya sekali. Sungguhpun kehidupan nyata bakal menyusul tetapi warna warni kehidupan di alam maya lebih mencabar dimana pertimbangan dan wasatiah dalam semua perkara perlu diambil kira untuk bekalan di alam nyata kelak.
Post a Comment