I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label Fikir sejenak~. Show all posts
Showing posts with label Fikir sejenak~. Show all posts
Mrs. ZulIed
~Assalamualaikum w.b.t~

Tekanan + Desakan + Gangguan + Himpitan + Penindasan = Dugaan + Cabaran + Ujian + Cobaan

Agak2 seimbang ke tindak balas "kimia --> kehidupan" nih?!?!

Apa yang kau merepekkan ini Idziani!??! huhuhuh... oklah.. tindak balas itu adalah sebahagian dari kehidupan manusia di dunia nih.. Hidup nikan macam roda/ bola yang berpusing.. kejap atas kejap bawah kejap kiri kejap kanan :) Kite ni kejap susah kejap senang, kejap epi kejap sedih, kejap sihat kejap sakit, kejap idup kejap mati (aa... tambah sket..) dan seterusnye akan hidup di alam yg kekal... Kat mane pun kite pegi tak leh larinye, sembunyila kot mane pun mmg die dtg gak..
Cube bayangkan ek.. kalo idup kite ni senang jek, tak sakit, tak susah, tak sedih, tak tetekan, tak sakit ati, tak tension (deii samelaa tetekan td :p) ape2 jela yang negetip kan.. agak2 cmne kehidupan ni yek!?!? 110% akan setuju sebab bole wat sesuka ati..dunia ana yang punya!
Aaa tapi cube pk balik.. kalo segala2nya indah dan seronok so ape guna diciptakan Dunia dan Akhirat?! Haaa.. pk pk pk (gaye si ipin :D)

Manusiakan mudah lupa sering alpa tergoda dan ternoda dengan keasyikan keseronokan tanpa batasan.. Sbb tula diberinya dugaan dan cabaran supaya kite sedar balik salah dan silap. N for sure korang tau.. itu tandanya qJJl sayang dan cintakan kita, takmau kite terus hanyut kepada keburukan dan kejahatan. Subhanallah~~~

Punyela jauh & bunga2 mukadimah.. kekekek.. Sebenarnye nak tau, nape kite susah nak tangani 'Stress'.. Nak2 bile amarah menguasai diri.. Ade ke orang pada zaman skang ni yang langsung tak penah marah dan stress?!?! Tenang jek hadapi segala, bile dtg dugaan senyum jek, ati bersih langsung tak terdetik perasaan Mazmumah, tak ditonjol dugaan yang dihadapi pd orang lain.. Indahnye jika memiliki kecantikan sifat, kemurnian hati
dan ketengangan jiwa 0_0..
Wallahualam...

Mrs. ZulIed

Hidup dan harapan

Insani

Dalam menjalani

Ujian

Penciptanya


Pelbagai definisi untuk hidup terpulang pada setiap individu yang bernafas di atas bumi Allah ini mengintepretasikan maknanya. Bagi yang masih samar-samar tentang apa maknanya hidup, mari kita bincangkan.

Hidup atau kehidupan adalah suatu anugerah yang tidak terhingga nikmatnya. Kehidupan memberi kita bernafas, melihat dan menimati, mendengar dan menghayati, merasa dan mensyukurinya. Bagi segelintir manusia merasakan kehidupan ini suatu penyiksaan dan neraka dunia. Adilkah penyataan itu?? Allah menciptakan bumi dan alam semesta ini adalah untuk memberikan pengalaman hidup dan nikmat kepada sekalian umatnya. Tiada tandingan nikmat yang telah diberi, sedangkan binatang pun bersyukur inikan pula manusia. Oleh itu bersyukurlah di atas nikmat yang dianugerahkan tanpa ragu-ragu.

Berbeza pula dengan manusia yang mengangap dunia ini adalah segala2nya. Segala perlakuan dan tindakan hanya duniawi semata. Kekayaan, harta, pangkat, kedudukan dikejar hingga terlupa apa yang akan menyusul 1 hari nanti. Anggapannya kehidupan didunia adalah Syurga..

Bagi yang sedar erti kehidupan, mereka akan lebih menghargainya walau sebagaimana hebat rintangan melanda kerana hidup di dunia maya ini hanya sekali. Sungguhpun kehidupan nyata bakal menyusul tetapi warna warni kehidupan di alam maya lebih mencabar dimana pertimbangan dan wasatiah dalam semua perkara perlu diambil kira untuk bekalan di alam nyata kelak.

Sekian, Wassalam

^Awiz B together^